Ahad, 30 Oktober 2011

Penyu Menangis Lagi.



Hoben jang hoben... Itulah trademark yang pemes amos milik Negeri Sembilan. Yahuuu! Negeri Sembilan juara Piala Malaysia tahun 2011. Tak sia-sia menyokong team nih :) Nampaknya penyu menangis lagi lah. Apa boleh buat kan... Kepada penyokong skuad penyu, jangan marah dan jangan sedih-sedih. Biasalah adat dalam bertanding. Ada kalah, ada menang. Peace yawww.... Pialo milik nogori.

2-1. Itulah keputusan akhir perlawanan Piala Malaysia semalam. Walaupun skuad penyu terlebih dahulu menjaringkan gol hasil jaringan Ashaari Samsuddin namun skuad jang tidak mengalah dengan mudah. Tendangan S. Kunanlan menghasilkan gol penyamaan apabila penjaga gol skuad penyu Sharbinee Allawee gagal menangkap bola dengan kemas.

Gol hasil jaringan Kunanlan bagaikan tonik untuk skuad jang. Beberapa minit kemudian, Hai-O/ Hairuddin Omar menyumbang 1 gol yang penuh bergaya lagi cantik. Teringat-ingat lagi gaya Hai-O semasa menjaringkan gol semalam. Memang terbaik dari ladang!

Overall, perlawanan semalam best jugak. Skuad jang memang menjadi. Skuad penyu? Nampak kurang menjadi sikit. Mungkin mereka sedikit tertekan kerana menggalas harapan rakyat Terengganu yang sangat-sangat tinggi. Anyway, kepada skuad penyu teruskan berusaha. Pujian patut juga diberikan kepada jurulatih Terengganu--- Haji Irfan Bakti kerana berjaya membawa Terengganu ke pentas final piala Malaysia.


Syabas kedua-dua pasukan :)





Lastly, Hai-O.... arghhhh. Terbaikkkk bro!


Khamis, 27 Oktober 2011

1,2,3... Mula

Yes... Dah ada blog sendiri. Maknanya saya dah boleh menulis blog seperti orang lain. Kepada kawan-kawan yang tak ada blog tu sila jangan iri hati ok? Kalau nak ada blog juga macam saya, just create your own :') Tak ada orang marah pun.


Untuk permulaan entry, ada baiknya saya kongsikan satu doa. Maksud saya doa untuk memulakan sesuatu kerja :



Jumpa lagi di lain entry!